and ctrl + V to put on your Blog or Website dari dapur mama farhana: Kek Red Velvet Marble Versi Kukus

Isnin, 9 September 2013

Kek Red Velvet Marble Versi Kukus

Assalamualaikum semua.....Dah lama tekak ni teringin nak makan kek yang berasaskan cream cheese tapi malas...Hari ini aku cuba merajinkan diri disbbkan cream cheese dah lama berehat kt esbox.godek2 dalam cik google jumpa satu resepi nampak menarik dan simple.kalau tak silap aku dari blog kak fida.tapi resepi ni edit sikit...sory ya tuan punya blog.

resepi red velvet marble
 Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

Bahan A :-
250 gm gula halus
225 ml minyak sayur/mentega cair
2 biji telur
Bahan B :-
225 ml buttermilk
3 sb pewarna merah
1 sk cuka/jus lemon
Bahan C :- (diayak bersama)
300 gm tepung naik sendiri
2 sb serbuk koko
1 sk bicarbonate of soda
Bahan D :-
1 sk esen vanilla
Bahan Cheese :-
250 gm cream cheese (1 buku)
1/4 cawan gula halus/castor
1 biji telur
2 sb susu cair
1/4 sk esen vanilla
Cara-cara
Satukan bahan2 cheese dan pukul hingga lembut.Ketepikan.
Satukan bahan A dalam mangkuk besar dan kacau sebati dan ketepikan.Satukan bahan2 B dan C dalam mangkuk yang berasingan.
Masukkan bahan B dan C ke dalam mangkuk A berselang-seli dan kacau lagi hingga rata.
Masukkan juga bahan D dan kacau hingga sebati lagi.
Tuang 1/2 bahagian adunan ke dalam loyang yg disediakan dan lapiskan dgn 3/4 adunan cheese rata2(akak guna piping bag).
Tutup dengan lebihan adunan dan tuang lebihan adunan cheese dan lorekkan.
3Bakar pada suhu 175C selama 45 min. atau hingga masak.
Sejukkan kek atas redai kuih, potong dan hidangkan.
Jika guna papercup,bubuh 2/3 penuh adunan dan bubuh adunan cheese di atasnya dan lorekkan.
Bakar selama 20 min atau hingga masak.@ kukus lg sedap
*butter milk susu cair+ 1 sudu besar cuka biar 10 minit.
*sekira tepung naik sendiri tiada dalam stock kita boleh buat sendiri.
 250g tepung gandum campur 1camca besar baking powder.pastu ayak 2 atau 3 kali.


ni la hasilnya yang tak seberapa cantik.......
tapi rasanya sedap...tambah time sejuk lagi best....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan