and ctrl + V to put on your Blog or Website dari dapur mama farhana: September 2013

Selasa, 24 September 2013

resepi sambal tauhu

assalamualaikum...
hari ini saya nak share menu untuk makan tengahari yang simple,resepi ni turun temurun dari
arwah ibu mertua ku.arwah ibu mertua ku seorang yang pandai memasak.kebanyakkan masakkan
yang saya masak semua dari tunjuk ajaq dia.alhamdulilah saya bersyukur kerana dapat seorang ibu
mertua yang baik.disini saya sertakan resepi sambal tauhu yang selalu saya sediakan untuk family saya.

resepi sambal tauhu

3 ketul tauhu(di goreng)
1/4 cawan kacang tanah hancur
20 biji cabai kering *
2 labu bawang besar *
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
air asam jawa
garam,gula secukup rasa
minyak untuk menumis
cara2nya
blende semua bahan2 bertanda*.panaskan minyak tumis bahan2 yang diblende masukkan kacang,
masak sehingga masak,masukkan air asam jawa.masukkan tauhu,garam dan gula secukup rasa.
kalau terlalu pekat tambah air .ok dah siap.



Sabtu, 21 September 2013

assalamualaikum
peti ais kesayang ku meragam buat kali 2.tension betoi  baru sebulan hantaq repair dia meragam pulak.
panggil apek repair mai tengok dia sakit apa?aku dah cakap dekat apek tu kalau mahai x payah buat,
apa2 call dulu.tau2 cik hubby aku pi nak tanya berapa kos.rupa2nya dia dah buat mahai giler rm450.
aku baru dok berangan nak tukaq baru....
tension betoi terpaksa la ambik jugak dah depa buat ishhh...


ini lah peti ais kesanyanganku...
semoga  bertahan lama,sekurang2nya 4@5 tahun
baru berbaloi dengan kos aku repair ...

Rabu, 18 September 2013

chiken chop & sos black peper

assalamualaikum....
hari ni encik hubby teringin nak makan ,makanan orang putih pulak .
menunya chiken chop ,nak makan kat luar kos tinggi 1 set mencecah rm10 .oleh kerana aku ada sikit
kepakaran membuatnya lebih baik buat sendiri.pakar konon hehehe ,sedap ditekak kami anak beranak je .sambil 2 tu dia jemput kawan2 dia makan bersama...

resepi chiken chop

isi ayam bahagian dada(ikut suka la berapa ketoi nak makan)
tepung goreng ayam(aku guna brand bestari)
minyak untuk goreng
sedikit air bancuh tepung.
cara2nya
ayam dibersih pastu perap dengan tepung lebih kurang2@3 jam.
goreng dengan menggunakkan minyak yang banyak.
siap digoreng ketepikan.

sos black peper

1 ketul kiub pati ayam
2 sudu besar tepung gandum
1/2 botol sos lada hitam
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
kicap untuk warna
1 sudu besar serbuk lada hitam(kalau suka pedas lebihkan)
1 labu bawang besar(potong dadu)
daun sup
sedikit planta
air
cara2nya
panaskan planta masukkan tepung gandum kacau perang masukkan bawang goreng layu,
masukkan air kuantiti ikut suka nak kuah banyak tambahkan.masukkan daun sup didihkan.
tutup api tapiskan.masak balik kuah yang ditapis masukkan sos cili,tiram,serbuk lada,sos lada.
kicap dan kiub pati ayam didihkan ikut kepekatan yang kita suka.perasakan .dh siap ketepikan.

kentang putar

5 ketul kentang rebus
sedikit susu cair
sedikit planta
lada sulah
cara
hancurkan kentang menggunakan mixer,masuk sedikit susu,planta dan lada sulah.
senang ja kan.siap
*ni la kawan2 suami ku..

*ni tuan rumah kami p buat kat rumah sepupu dia..

Isnin, 16 September 2013

donat lembut gebu gebas

assalamualaikum.....
dah banyak hari hero kecik mintak mama dia buat donat ,cuma mama dia malas tahap gaban.
hari ni mood mendonat dah mai .donat ni aku intai dari blog hatsue.
terima kasih kerana sudi kongsi resepi ni memang berbaloi.
jom kita layan resepi donat gebu gebas.......

resepi donat

500g Tepung roti (guna tpg gandum pun ok) *saya letak separuh gandum separuh tepung roti
1 Peket Yis Segera-11gram ( MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin
1 Sudu besar Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu besar (penuh) gula pasir
2 Sudu besar Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Topping:

Gula Halus @ susu tepung @ apa2 topping kegemaran

Cara-cara

Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526
Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

nota: donat ni memang ndan lembut dan best walaupun tak perlu diperam. Selamat mencuba!


gambar donat ni pinjam dari cik google....

Jumaat, 13 September 2013

bihun sup ayam

assalamualaikum...
macam ni la keja seorang house wife macam aku hari2 kena fikiq nk masak apa ,
untuk anak2 dan suami.last sekali dapat ilham   buat sup ayam boleh la buat makan petang sekali.
ok petang ni kita buat bihun sup......

sup ayam

1/2 ekor ayam(potong 8 bersihkan)
2    labu bawang besar *
2    ulas bawang putih   *
1    inci halia                  *
1/2 sudu teh jintan manis *
 sedikit 3 sekawan untuk tumis
bunga lawang ,buah pelaga,kulit kayu manis dan bunga cengkih.
1 batang serai (di ketuk)
1 sudu teh sebuk lada hitam
1 ketul kiub pati ayam
air secukupnya
garam secukup rasa,sedikit minyak untuk tumis.
hiasan
daun sup ,daun bawang
cara2nya
mesin bahan2 yang bertanda* guna mesin kering.panaskan minyak ,tumis tiga sekawan
sehingga wangi,masukkan serai dan bahan2 yang dimesin hingga kekuningan pastu masukkan
ayam gaul sebentar pastu masuk air kuantitian ikut suka la.kalau nak kuah banyak masuk la lebih.
agak2 mendidih masukkan serbuk lada,kiub dan garam secukup rasa ,masak hingga masak.
dah masak tabur daun sup dan daun bawang.ok sup ni boleh dimakan dengan nasi,petang kita boleh
makan dengan bihun...

bihun sup

1 bungkus bihun
2 ketul tauhu*
2 keping fish kek*
1 peket fish ball*
lobak masin
daun sup/daun bawang
isi ayam (diracik)
serbuk cili
cara2
bihun direndam celur hingga lembut,kalau nak warna kuning masukkan serbuk kuning semasa celur tadi.
pastu tapis.goreng bahan2 yang bertanda.*.
untuk sos dia masak serbuk cili dengan kuah sup dan perasa dengan garam secukup rasa.
semua sudah siap boleh kita menjamu selera.
tu dia dah siap bihun sup ayam mai kita pekena.

Khamis, 12 September 2013

roti jala kari daging

assalamualaikum..........
hari mood ni rajin masak dh kembali apa kata ari ni kita buat roti jala ....
mari kita menjala......


roti jala

2 cawan tepung gandum
2 cawan air@santan cair
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
secubit garam
cara2
masukkan semua kedalam blender ,
blend pastu tapis.sapukan kuali non stick dengan sedikit minyak
kuali dah panas boleh la menjala.siap boleh dimakan kari daging .

kari daging

1/2 kg daging(potong kecik2)
3 biji kentang (potong dadu)
1 biji tomato
11/2 rempah kari babas
2 labu bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 ringgit santan pekat
3 camca besar kerisik
sedikit tiga sekawan
(kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cenkih)
daun kari
garam secukup rasa
 sedikit minyak untuk menumis
caranya
potong daging basuh bersih.rempah,bawang besar,separuh halia mesin.
gaul kedalam daging.potong bawang merah,putih dan separuh halia,tumis
bahan yang di potong bersama daun kari dan tiga sekawan sehingga kekuningan
masukkan daging yang telah diperap dengan rempah tadi,masukkan tomato potong dadu
masakkandengan api pelahan sehingga daging lembut.apabila daging lembut masukkan kerisik, ubi
kentang dan santan perasa garam secukup rasa.tutup api.
ok dah siap boleh la dimakan dengan nasi @ roti jala.
kari daging ni resepi turun temurun....

Isnin, 9 September 2013

Kek Red Velvet Marble Versi Kukus

Assalamualaikum semua.....Dah lama tekak ni teringin nak makan kek yang berasaskan cream cheese tapi malas...Hari ini aku cuba merajinkan diri disbbkan cream cheese dah lama berehat kt esbox.godek2 dalam cik google jumpa satu resepi nampak menarik dan simple.kalau tak silap aku dari blog kak fida.tapi resepi ni edit sikit...sory ya tuan punya blog.

resepi red velvet marble
 Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

Bahan A :-
250 gm gula halus
225 ml minyak sayur/mentega cair
2 biji telur
Bahan B :-
225 ml buttermilk
3 sb pewarna merah
1 sk cuka/jus lemon
Bahan C :- (diayak bersama)
300 gm tepung naik sendiri
2 sb serbuk koko
1 sk bicarbonate of soda
Bahan D :-
1 sk esen vanilla
Bahan Cheese :-
250 gm cream cheese (1 buku)
1/4 cawan gula halus/castor
1 biji telur
2 sb susu cair
1/4 sk esen vanilla
Cara-cara
Satukan bahan2 cheese dan pukul hingga lembut.Ketepikan.
Satukan bahan A dalam mangkuk besar dan kacau sebati dan ketepikan.Satukan bahan2 B dan C dalam mangkuk yang berasingan.
Masukkan bahan B dan C ke dalam mangkuk A berselang-seli dan kacau lagi hingga rata.
Masukkan juga bahan D dan kacau hingga sebati lagi.
Tuang 1/2 bahagian adunan ke dalam loyang yg disediakan dan lapiskan dgn 3/4 adunan cheese rata2(akak guna piping bag).
Tutup dengan lebihan adunan dan tuang lebihan adunan cheese dan lorekkan.
3Bakar pada suhu 175C selama 45 min. atau hingga masak.
Sejukkan kek atas redai kuih, potong dan hidangkan.
Jika guna papercup,bubuh 2/3 penuh adunan dan bubuh adunan cheese di atasnya dan lorekkan.
Bakar selama 20 min atau hingga masak.@ kukus lg sedap
*butter milk susu cair+ 1 sudu besar cuka biar 10 minit.
*sekira tepung naik sendiri tiada dalam stock kita boleh buat sendiri.
 250g tepung gandum campur 1camca besar baking powder.pastu ayak 2 atau 3 kali.


ni la hasilnya yang tak seberapa cantik.......
tapi rasanya sedap...tambah time sejuk lagi best....

Sabtu, 7 September 2013

kek coklat lembab

assalamualaikum...
hujan2 ni tekak teringin pulak nak makan kek coklat lembab.kek ni resepi dari seorang kawan aku edit sikit.
mari la kita kongsi bersama.buat pengetahuan semua sukatan di bawah guna cawan biasa ja.


resepi kek coklat 

          A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
masak semua bahan2 diatas dengan api pelahan sehingga sebati.sejukkan.
3 biji telur(dipukul dengan garfu)
          B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikabonat
1 susu teh baking powder
ayak semua .

cara2nya
masukkan telur kedalam bahan  A kacau sebati dengan menggunakan senduk,masukkan bahan2 B,
kacau sebati.sediakan loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak ,masukkan aduanan tadi
kukus@bakar sehingga masak.lebih kurang 45 minit~ 1 jam.


topping


3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar gula
2 sudu besar planta
susu cair secukupnya.
masak diatas api pelahan sehingga sedikit pekat.
curahkan keatas kek semasa panas,
*sekiranya suka kek lembab boleh curahkan topping dua kali.
           *budak yang suka mkn kek coklat hihihihi...












kek ni tinggal sepotong je yang dah habis ....

Jumaat, 6 September 2013

cara2 membuat popia simpul kasih.

resepi serunding bilis

ikan bilis *
cabai kering *
serai            *
bawang besar*
bawang putih*
jintan manis*
santan
garam,gula
cara2
mesin semua bhn2 bertanda diatas*
masuk kedlm kuali guna api pelahan agak2 kering masukkan santan,gula dan garam.
kacau hingga betul2 kering.siap sejukkan.
*kuantiti bhn2 diatas pandai 2 la...
sediakan kulit popia dan siap untuk disimpul.

Rabu, 4 September 2013

assalamualaikum
hari ni teringin nk buat butter prawn.
sedih la x berapa jadi.
nanti nak cuba lagi....