and ctrl + V to put on your Blog or Website dari dapur mama farhana: November 2013

Sabtu, 23 November 2013

kek marble cream cheese

assalamualaikum...
hari ini genap seminggu anak kesayangan aku bersunat.dlm tempoh dia bersunat ni aku cuma masak ala kadar saja,kerana dia terpaksa berpantang.hari2 aku masak ikan haruan untuk santapan anak aku ni..sampai dia dah boring nak makan.selepas 5 hari aku mula bagi dia makan ayam dan daging.keadaannya kurang sembuh lagi risau la jugak.ari ni aku call kat clinic yang dia bersunat tu.alhamdulilah doktor kata tak ada masaallah.dua tiga hari lagi sembuh la.... ni aku nak cerita sebenar aku ni dah ketagih giler nak nak membaking kek oleh kerana doktor cakap anak aku dah ok,apa lagi aku pon godek la kat dapur apa yang ada. dlm esbox aku ada cream cheese apa lagi aku pon buat la kek mable cream cheese kek ni aku ambik dari cik google tapi lupa siapa punya tuan blog tuu..minta maaf ya tuan blog.terima kasih kepada empunya blog ni kek ni cukup sedap bagi tekak aku la.kat bawah ni aku nak share resepi kek yang sedap niiiiiiii          MARBLE  CHEESE CAKE
Bahan-bahannya
150gm butter
 200gm cream cheese(jenama tatura)
200gm gula kastor
4 biji telur ayam - Gred A
250gm tepung gandum
1sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1sudu teh esen vanila
100ml susu cair
4sudu besar serbuk susu tepung (Ini pilihan - tak letak pun tidak mengapa)
2sudu besar serbuk koko

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 150'c. Di dalam sebuah mangkuk, masukkan gula kastor, butter dan cheese. Pukul hingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.

3. Masukkan pula tepung gandum yang di ayak bersama baking powder dan esen vanilla berselang seli dengan susu cair. Putar lagi sambil memasukkan esen vanilla.

4. Selepas siap, bahagikan kepada dua bahagian iaitu satu adunan asal dan satu lagi di campur dengan serbuk koko.


5. Sediakan loyang bersaiz 8', sapu keliling loyang dengan majerin, taburkan tepung dan lapik dengan kertas miyak (putih). Sendukkan adunan berselang seli hingga habis dan hentak sedikit loyang supaya adunan sekata. Lorek sedikit dengan lidi (step ini saya terlupa :D)


6. Bakar pada suhu 150'c selama 45 atau sehingga masak.
ni la hasil aku membaking sedap...
assalamualaikum semua...
sekarang dah start cuti sekolah yang panjang.apalagi xtivity biasa la.khas untuk kanak2 lelaki bersunat@berkhatan la.....pada 17hb nov 2013.bertempat di klinik tawakal jam 9.30 pg hero aku selamat bersunat.alhamdulilah dia seorang ank yg baik tapi manja sangat.semasa proses bersunat dia nk mama dan abah dia ada sekali....hai ank-ank manja sungguh kamu.dia memang hero x nangis langsung rilex ja...munkin semangat dia kuat sebab kedua2 org tersayang dia ada.pada hari dia bersunat aku buat kenduri kesyukuran sikit.plan nk wat menu bihun sup,kek berserta sedikit kuih ja..tapi rezeki murah banyak org  sponser.jiran aku k.ton sponser apam gula hangus dan kuih kaswi.mak su aku  pulak sponser pulut kuning,kari ayam,pulut seri muka dan pisang.terima atas sumbang semua semoga murah rezeki.alhamdulilah semuanya berjalan lancar semua jemputan hadir cuma x bos dan member aku x datang.seronok jugak buat kenduri tapi letih sangat sbb tak orang nk membantu.punya la sibuk photo x sempat nk snip rasa rugi sangat bahgia . x sempat nk bergambaq huhuhu ..kat bawah ni ada photo hero aku yang rilek masa bersunat...

Jumaat, 1 November 2013

kari ikan temenung @ cucuq bom

assalamualaikum
hari ni dok pikiq2 nak masak apa  la untuk makan tengahari nanti.kadang2 pening kepala jugak la bab menu ni......maklum la h/wife hari2 nak kena pikiq menu.tengok cuaca hari  mendung & hujan renyai2 elok la masak kari ikan.bagi orang sebelah utara kari dipanggil gulai.gulai ikan ka gulai daging ka apa2 yg dipanggil kari la...alang2 dah buat gulai petang nanti elok la buat cucuq bom boleh la cicah emm sedapnya lama dah saya tak buat cucuq bom ni...hari saya nak share la resepi gulai ikan temenung @ cucuq bom saya..

kari@gulai ikan 

6 ekor ikan temenung@ikan apa2
1 paket rempah kari babas*
3 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar*
blande bahan2 bertanda*
bahan tumis
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
diracik halus
daun kari
halba campur
minyak masak
air asam jawa
santan
8 biji bendi,1 biji tomato,1 labu bawang besar ,1 biji cili hijau.semua ni dibelah.
garam secukup rasa
cara2
panaskan minyak tumis la bawang merah,bawang putih yang telah diracik ,daun kari dan halba campur sehingga wangi,pastu masuk bahan2 yang telah di blande.masak hingga masak @pecah minyak.masukkan  asam jawa agak2 kering sikit masukkan santan cair biar mendidih masukkan bendi,ikan,bawang,tomato,cili hijau.last sekali masukkan santan pekat dan perasa garam.masak sekejap saja tau.dah siap tutup api.

cucuq bom

Bahan :
1 sdt yis
1 cawan tepung gandum
2 sdb gula
3 sdb susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
Campurkan yis, gula, susu & sedikit air.L arutkan *Ana biar sampai pekat berbuih.
Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng.
Panaskan minyak masak.
Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan dan goreng hingga keperangan.
*saya tambah garam, gaulkan kemudian biar sebentar adunan nampak naik balik, baru goreng. 
Hidangkan.