and ctrl + V to put on your Blog or Website dari dapur mama farhana: Februari 2014

Jumaat, 28 Februari 2014

assalamualaikum..
sudah 2 bulan lebih dh sakit kaki aku ni tak mau lega.bli ubat kat farmasi ni dh lebih 5 farmasi x lega jugak.ubat ni cuma penahan sakit ja..bila dah habis sakitnya mai blk.mengu rut dah 4 kali x lega jugak.p jumpa  doktor kt klinik ceria x lega jugak.aku pon dh pening nk berubat kat mana??????
mungkinkah ni dugaan dari-nya.ya allah kau sembuh kan la penyakit ku ini...
mungkinkah sakit kaki ni petanda sakit2 yg merbahaya???sakit kaki ku ini cuma sebelah kiri ja..
area pergelangan kaki(buku lali) bengkak tak la teruk sangat ..tapi nk berjalan tu sakit teramat2.

Selasa, 18 Februari 2014

kek minyak

assalamualaikum ...
hari ni aku nak share resepi kek minyak.
dah lama aku dok tengok kt fb blog kongsi resepi.dok tayang kek minyak nampak cantik sangat.
hari ni mood rajin dh mai aku pon try buat.alhamdulilah kek aku menjadi jugak walaupun first time aku buat.bagi aku kek ni rasa dia biasa saja tapi...cantik dan gebu.

kek minyak

5 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu besar ovallette
1 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1 cawan minyak
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder

 


Cara2: 

1) Pukul putih telur smpai gebu, masukkan kuning telur, gula dan ovalette.. pukul smpai kembang selama 10 minit..

2) Masukkan susu pekat, minyak dan esen vanilla.. pukul biar sebati..

3) Masukkan gandum dan baking powder..pukul biar sebati..

4) Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ikut suka kita..sy letak setiap kaler tu sebanyak 1 sudu besar ke dalam adunan yg telah dibahagikan supaya sume kaler sama2 kuat dan terang..

5) sementara tu, klu nk kukus, pastikan periuk kukusan dh tersedia dgn air mendidih.. klu nk bakar plak, pastikan oven dh dipanaskan..

6) sebelum ltk dlm loyang, leserkan permukaan dlm loyang dengan butter dan tepung agar kek krg melekat ble dh msk nnt..

7) utk dptkan corak marble ni, sy ltk setiap kaler berselang seli, setiap kaler sebanyak 3 sudu besar sekali letak, pastu tuang adunan tu mestila di tgh2 loyang, supaya nnt adunan tu akan bergerak sendiri ke tepi..

dan membentuk lapisan..

 Bila dh abes sume adunan letak dlm loyang, amek lidi satay utk wat corak bunga tu, cucuk lidi ke dlm adunan, tarik dr tepi ke bahagian tgh loyang.. dh siap yg tu, anggar jarak sket, wat la sekeliling dia.. nnt akan dpt la bntuk kelopak.bakar 45minit.

 dh siap...

*boleh guna mixer 100%  masa masukkan tepung guna kelajuan yg slow..


Sabtu, 15 Februari 2014

mayonis home made

hari saya nak share resepi  mayonis..
resepi aku ambik dari blog kongsi resepi di edit mengikut ank tekak aku...
masuk kali ke-2 buat baru menjadi...minggu lps dh try buat masuk longkang ja..dia tak mau pekat,
silap teknik sepatut kena masuk minyak sikit demi sikit aku hentam semua tu yg x jadi..ari ni aku try lain
alhamdulillah menjadi ..seronoknya..aku start buat awai dlm koi7.30 pg dh buat.punya la bising ..mula aku guna mixer dh 1/2 jam dh x pekat2 mula la nk tension..last sekali try masuk dlm blender nasib dia menjadi..
seronoknya..lepas ni x payah beli dh la..
ni resepi

mayonis home made

1 biji telur
1 cawan minyak masak
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
sedikit garam
cara2nya
mula2 masukkan telur ,1sudu cuka,2sudu minyak blend bg sebati,pastu masukkan lg cuka,gula ,garam dan 2 sudu minyak blend lg.pastu ulang proses masukkan minyak sampai habis.jangan masukkan minyak dalam quantity yg banyak terus nanti x jadi.dh siap simpan dlm peti.
*dari pengalaman aku  la..kena guna blender ja..kalau mixer x pekat.
 gambar tunggu dulu ya...

Khamis, 13 Februari 2014

roti lembut dan gebu

assalamualaikum...
hari ni aku nk share resepi roti .sudah banyak kali aku dok try meroti ada saja tak kena ....huhuhu sedihnya.selalu masa panas lembut la...tapi bila sejuk keras giler.org kata boleh baling kat dinding .
tension kalau buat tak jadi..kerana tak puas hati dengan roti2 yang aku buat ..aku pon berkerja keras mejelajah kat blog kwn2...cari punya cari aku berkenan dgn resepi dari  blog kepunyaan kalau tak silap aku blog zarin zalina.alhamdulilah menjadi jugak roti aku .....  mai kita share resepi roti lembut dan gebu.
250 gram Tepung Roti / High Protein
50 gram Margerin ( aku guna margerin Pelangi)
50 gram Gula Kastor
1 sudu kecik Yis kering
1/2 sudu kecik Bread Improver
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu kecik Garam Halus
1 biji Telur Gred B
105 ml/gram  Air Suam  (kalau guna mixer kena letak air sejuk)

Cara-caranya :-
1.tepung dan bread improver diayak terlebih dahalu
2.satukan air suam ,gula dan yis kacau biar berbuih.
3.satukan semua bahan2 tadi termasuk tepung gaul rata
4.masukkan bancuhan air,gula dan yis tadi gaul rata.
5.pindahkan aduan tadi kedlm bekas besar uli lebih kurang 5 minit.(guna tangan je)
6.tutup doh tadi dengan plastik selama 45minit~1jam.
7.selepas 1 jam tadi bulat2kan doh menjadi ketulan yang kecil
  kalau nak masukkan inti pun boleh.perap doh tadi lebih kurang45minit~1 jam
 masukkan kedalam dulang yang telah disapu planta.tutup dulang tersebut.
8.sebelum bakar sapu adunan tadi dengan bahan sapuan.
9.bahan sapuan telur+ susu cair
10. bakar 15~20 minit suhu oven ikut kesesuai oven masing.
11.selepas masak sapukan dengan planta  untuk kilatkan roti.
*kalau adunan ni lembut sapukan tpg ditgn untuk mengelak lekat kat tangan
* aduan boleh jugak dibuat roti sosej.

ini hasilnya..
kt sini aku buat dua jenis yg satu aku tabur gula dan cheese.satu jenis lagi aku boh inti kastad jagung.
ni resepi kasad jagung
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 cwn susu cair(boleh diganti dgn susu tepung )
2 sudu besar jagung krimer@ perasa jagung
cara2
satukan semua kacau diatas api yang slow sehingga mendidih dan pekat
nak senang masukkan dlm paiping.

aku saja try buat dua jenis nii......
nampak gayanya ank lelaki aku suka yg inti jagung.my hubby suka cheese aku ngan ank dara
aku belasah ja apa yg ada hehehe....
apa2 pon alhamdulilah mejadi roti ku..
ribuan terima kasih aku ucapkan pada tuan tanah ni..halalkan ya resepi anda.