hari ni encik hubby teringin nak makan ,makanan orang putih pulak .
menunya chiken chop ,nak makan kat luar kos tinggi 1 set mencecah rm10 .oleh kerana aku ada sikit
kepakaran membuatnya lebih baik buat sendiri.pakar konon hehehe ,sedap ditekak kami anak beranak je .sambil 2 tu dia jemput kawan2 dia makan bersama...
resepi chiken chop
isi ayam bahagian dada(ikut suka la berapa ketoi nak makan)
tepung goreng ayam(aku guna brand bestari)
minyak untuk goreng
sedikit air bancuh tepung.
cara2nya
ayam dibersih pastu perap dengan tepung lebih kurang2@3 jam.
goreng dengan menggunakkan minyak yang banyak.
siap digoreng ketepikan.
sos black peper
1 ketul kiub pati ayam
2 sudu besar tepung gandum
1/2 botol sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
kicap untuk warna
1 sudu besar serbuk lada hitam(kalau suka pedas lebihkan)
1 labu bawang besar(potong dadu)
daun sup
sedikit planta
air
cara2nya
panaskan planta masukkan tepung gandum kacau perang masukkan bawang goreng layu,
masukkan air kuantiti ikut suka nak kuah banyak tambahkan.masukkan daun sup didihkan.
tutup api tapiskan.masak balik kuah yang ditapis masukkan sos cili,tiram,serbuk lada,sos lada.
kicap dan kiub pati ayam didihkan ikut kepekatan yang kita suka.perasakan .dh siap ketepikan.
kentang putar
5 ketul kentang rebus
sedikit susu cair
sedikit planta
lada sulah
cara
hancurkan kentang menggunakan mixer,masuk sedikit susu,planta dan lada sulah.
*ni tuan rumah kami p buat kat rumah sepupu dia..



Tiada ulasan:
Catat Ulasan