and ctrl + V to put on your Blog or Website dari dapur mama farhana: bihun sup ayam

Jumaat, 13 September 2013

bihun sup ayam

assalamualaikum...
macam ni la keja seorang house wife macam aku hari2 kena fikiq nk masak apa ,
untuk anak2 dan suami.last sekali dapat ilham   buat sup ayam boleh la buat makan petang sekali.
ok petang ni kita buat bihun sup......

sup ayam

1/2 ekor ayam(potong 8 bersihkan)
2    labu bawang besar *
2    ulas bawang putih   *
1    inci halia                  *
1/2 sudu teh jintan manis *
 sedikit 3 sekawan untuk tumis
bunga lawang ,buah pelaga,kulit kayu manis dan bunga cengkih.
1 batang serai (di ketuk)
1 sudu teh sebuk lada hitam
1 ketul kiub pati ayam
air secukupnya
garam secukup rasa,sedikit minyak untuk tumis.
hiasan
daun sup ,daun bawang
cara2nya
mesin bahan2 yang bertanda* guna mesin kering.panaskan minyak ,tumis tiga sekawan
sehingga wangi,masukkan serai dan bahan2 yang dimesin hingga kekuningan pastu masukkan
ayam gaul sebentar pastu masuk air kuantitian ikut suka la.kalau nak kuah banyak masuk la lebih.
agak2 mendidih masukkan serbuk lada,kiub dan garam secukup rasa ,masak hingga masak.
dah masak tabur daun sup dan daun bawang.ok sup ni boleh dimakan dengan nasi,petang kita boleh
makan dengan bihun...

bihun sup

1 bungkus bihun
2 ketul tauhu*
2 keping fish kek*
1 peket fish ball*
lobak masin
daun sup/daun bawang
isi ayam (diracik)
serbuk cili
cara2
bihun direndam celur hingga lembut,kalau nak warna kuning masukkan serbuk kuning semasa celur tadi.
pastu tapis.goreng bahan2 yang bertanda.*.
untuk sos dia masak serbuk cili dengan kuah sup dan perasa dengan garam secukup rasa.
semua sudah siap boleh kita menjamu selera.
tu dia dah siap bihun sup ayam mai kita pekena.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan