and ctrl + V to put on your Blog or Website dari dapur mama farhana: Mei 2014

Khamis, 15 Mei 2014

kek ciffon

asssalamualaikum
hari aku nak share kek ciffon yang mudah dan lembut.kek aku ambik dari blog kongsi resepi.minta maaf la aku lupa nama tuan dia.kek memang  sedap dan senang tak payah nak merigue atau nk asingkan telur putih,
cukup mudah .hari aku buat perasa pandan.resepi dibawah ni aku derhaka sikit.hari ini aku cuba buat kek ciffon hasil cukup gebu dan lembut walaupun aku lupa masukkan baking powder .

kek chiffon pandan

bahan2

150gm tepung kek (tepung gandum + 3 sudu besar tepung jagung)
2 sudu kecil baking powder *
150gm gula kastor
1 sudu besar ovellete
4 biji telur
80ml air pati daun pandan ( dalam sukatan cawan =1/3 cawan ye)
80ml butter cair ( dalam sukatan cawan = 1/3 cawan ye)
Pewarna hijau
1 sudu kecil essen pandan


BAHAN BERTANDA * DI AYAK SEKALI YE

CARANYA:


Dalam bekas bersih masukkan Telur+ovellete+ gula castor dan putar hingga pekat dan kembang gebu. .

Masukkan air pati daun pandan + essen and perwarna hijau - putar lagi sampai kembang dan sebati..then baru add tepung sikit demi sedikit and sebatikan dlm adunan ..guna speed rendah ye

Masukkan butter cair dan kacau kaup balik guna spatula aje kasi sebati…part nie tak perlu mixer ye.

masukkan adunan tersebut ke dalam loyang chiffon dan tidak perlu di oles butter or tepung so that kek boleh naik tinggi..guna Loyang chiffon bersaiz .

Bakar dgn suhu 150 darjah selama 45-50 minit ..setting api atas bawah bergantung pada jenis oven masing masing ye..

 kek dah masak keluarkan terus dari oven and telangkup kan di redai .