and ctrl + V to put on your Blog or Website dari dapur mama farhana: Januari 2014

Sabtu, 25 Januari 2014

kek butter marble

assalamualaikum....
sekarang ni cuaca di utara tanah air iaitu negeri kedah negeri aku la...bila waktu malam sejuk giler.bila siang ari dalam pukoi 12tgh sampai petang hu panas kaw2 punya.adakah ini tanda2 dunia dh akhir zaman .dengan cuaca x tak menentu dengan macam berita yang kita dengaq budak kena dera la kena rogol takut la...
dulu kita dengaq jauh2 la ni kat keliling kita pon dh ada benda2 pelik terjadi...
ok la..cukup la pot pet sikit2 hari saya nak share resepi kek butter .resepi asal kek ni kek butter kosong ja tapi saya derhaka sikit buat marble tambah koko dan nescafe.

kek butter marble

.250 gm mentega -
1 cawan gula kastor
5 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik } ayak sekali dengan tepung
120 ml susu segar - saya guna susu cair.
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh nescafe(bancuh dengan sedikit air)

Cara buat:

1. Putar mentega & gula hingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu, tepung, serbuk penaik dan susu segar. Putar lagi dalam kelajuan rendah

3.bahagi kepada 2 bahagian masukkan serbuk koko dan nescafe.satu lagi biar plain.

4.sendukkan kedalam loyang berselang seli sehingga habis.

5.pesanan sapukan loyang dengan planta tabur tepung untuk mengelak loyang melekat.

6. Bakar pada suhu 170 ( saya guna suhu 160) darjah Celsius selama sejam. Kalau tak mau cepat berkerak, buat teknik steam bake dulu, guna api bawah saja. Remaining 20 minutes, keluarkan dulang air. Guna api atas bawah.

Khamis, 9 Januari 2014

aiskrim home made

assalamualaikum...
hari ni mood rajin terlebih pagi buat chezy cheese ball ptg buat aiskrim pulak.aiskrim ni cukup simple
tapi sedap.

resepi aiskrim

1tin susu cair
1/2tin susu pekat
1 biji telur
2 sudu besar ovellet
1 sudu teh esen vanila
apa2 perasa (saya suka perasa cappacino 3in1)
caranya..
campursemua bahan2 diatas kecuali perasa.dengan menggunakan mixer putar kelajuan tinggi ,
selama 15~20 minit atau pun sehingga berkrim.masukkan perasa  pukul sebati.masukkan kedalam
acuan yang disuka,sejukselama 4jam ok siap.



ini aiskrim saya perisa cappacino
mix jagung.

my chewy cheese chicken ball

assalamualaikum...
hari ini dh masuk hari yg ke-9 tahun 2014 baru aku ada kesempatan menjenguk blog ni..faham2 la.
sibuk dengan urusan persekolahan anak2.ekarang dah tak sibuk aku pon intai kat blog kawan2 tengok apa yang menarik.intai punya intai aku tengok  semua blogger2 asyik dok tayang resepi baru dari kfc.chewy cheese ball.apa lagi aku pon tak mau melepaskan peluang untuk mencubanya.resepi kat bawah ya..

my chewy cheese chicken ball

6~7 biji kentang
isi ayam
lada ajishoo
tepung gandum(agak2 tak lekat di tangan)
cheese bar
telur
serbuk roti
cara2nya
rebus kentang dengan garam pastu,isi ayam diblend.lenyek kentang masa panas pastu  sejukkan dulu.campur semua bahan2 kecuali cheese.gaul semua sehingga sebati.bulat2kan masukkan cheese buat sehingga habis
golek atas serbuk roti celup dlm telur golek atas serbuk roti sekali lagi buat sampai habis.simpan dlm peti ais lebih kurang 20 minit.goreng guna minyak yang panas.