hari ni aku nk share resepi roti .sudah banyak kali aku dok try meroti ada saja tak kena ....huhuhu sedihnya.selalu masa panas lembut la...tapi bila sejuk keras giler.org kata boleh baling kat dinding .
tension kalau buat tak jadi..kerana tak puas hati dengan roti2 yang aku buat ..aku pon berkerja keras mejelajah kat blog kwn2...cari punya cari aku berkenan dgn resepi dari blog kepunyaan kalau tak silap aku blog zarin zalina.alhamdulilah menjadi jugak roti aku ..... mai kita share resepi roti lembut dan gebu.
250 gram Tepung Roti / High Protein
50 gram Margerin ( aku guna margerin Pelangi)
50 gram Gula Kastor
1 sudu kecik Yis kering
1/2 sudu kecik Bread Improver
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu kecik Garam Halus
1 biji Telur Gred B
105 ml/gram Air Suam (kalau guna mixer kena letak air sejuk)
Cara-caranya :-
1.tepung dan bread improver diayak terlebih dahalu
2.satukan air suam ,gula dan yis kacau biar berbuih.
3.satukan semua bahan2 tadi termasuk tepung gaul rata
4.masukkan bancuhan air,gula dan yis tadi gaul rata.
5.pindahkan aduan tadi kedlm bekas besar uli lebih kurang 5 minit.(guna tangan je)
6.tutup doh tadi dengan plastik selama 45minit~1jam.
7.selepas 1 jam tadi bulat2kan doh menjadi ketulan yang kecil
kalau nak masukkan inti pun boleh.perap doh tadi lebih kurang45minit~1 jam
masukkan kedalam dulang yang telah disapu planta.tutup dulang tersebut.
8.sebelum bakar sapu adunan tadi dengan bahan sapuan.
9.bahan sapuan telur+ susu cair
10. bakar 15~20 minit suhu oven ikut kesesuai oven masing.
11.selepas masak sapukan dengan planta untuk kilatkan roti.
*kalau adunan ni lembut sapukan tpg ditgn untuk mengelak lekat kat tangan
* aduan boleh jugak dibuat roti sosej.
ini hasilnya..
kt sini aku buat dua jenis yg satu aku tabur gula dan cheese.satu jenis lagi aku boh inti kastad jagung.
ni resepi kasad jagung
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 cwn susu cair(boleh diganti dgn susu tepung )
2 sudu besar jagung krimer@ perasa jagung
cara2
satukan semua kacau diatas api yang slow sehingga mendidih dan pekat
nak senang masukkan dlm paiping.
aku saja try buat dua jenis nii......
nampak gayanya ank lelaki aku suka yg inti jagung.my hubby suka cheese aku ngan ank dara
aku belasah ja apa yg ada hehehe....
apa2 pon alhamdulilah mejadi roti ku..
ribuan terima kasih aku ucapkan pada tuan tanah ni..halalkan ya resepi anda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan