and ctrl + V to put on your Blog or Website dari dapur mama farhana: kek butter marble

Sabtu, 25 Januari 2014

kek butter marble

assalamualaikum....
sekarang ni cuaca di utara tanah air iaitu negeri kedah negeri aku la...bila waktu malam sejuk giler.bila siang ari dalam pukoi 12tgh sampai petang hu panas kaw2 punya.adakah ini tanda2 dunia dh akhir zaman .dengan cuaca x tak menentu dengan macam berita yang kita dengaq budak kena dera la kena rogol takut la...
dulu kita dengaq jauh2 la ni kat keliling kita pon dh ada benda2 pelik terjadi...
ok la..cukup la pot pet sikit2 hari saya nak share resepi kek butter .resepi asal kek ni kek butter kosong ja tapi saya derhaka sikit buat marble tambah koko dan nescafe.

kek butter marble

.250 gm mentega -
1 cawan gula kastor
5 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik } ayak sekali dengan tepung
120 ml susu segar - saya guna susu cair.
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh nescafe(bancuh dengan sedikit air)

Cara buat:

1. Putar mentega & gula hingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu, tepung, serbuk penaik dan susu segar. Putar lagi dalam kelajuan rendah

3.bahagi kepada 2 bahagian masukkan serbuk koko dan nescafe.satu lagi biar plain.

4.sendukkan kedalam loyang berselang seli sehingga habis.

5.pesanan sapukan loyang dengan planta tabur tepung untuk mengelak loyang melekat.

6. Bakar pada suhu 170 ( saya guna suhu 160) darjah Celsius selama sejam. Kalau tak mau cepat berkerak, buat teknik steam bake dulu, guna api bawah saja. Remaining 20 minutes, keluarkan dulang air. Guna api atas bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan