assalamualaikum...
hari ini genap seminggu anak kesayangan aku bersunat.dlm tempoh dia bersunat ni aku cuma masak ala kadar saja,kerana dia terpaksa berpantang.hari2 aku masak ikan haruan untuk santapan anak aku ni..sampai dia dah boring nak makan.selepas 5 hari aku mula bagi dia makan ayam dan daging.keadaannya kurang sembuh lagi risau la jugak.ari ni aku call kat clinic yang dia bersunat tu.alhamdulilah doktor kata tak ada masaallah.dua tiga hari lagi sembuh la.... ni aku nak cerita sebenar aku ni dah ketagih giler nak nak membaking kek oleh kerana doktor cakap anak aku dah ok,apa lagi aku pon godek la kat dapur apa yang ada. dlm esbox aku ada cream cheese apa lagi aku pon buat la kek mable cream cheese kek ni aku ambik dari cik google tapi lupa siapa punya tuan blog tuu..minta maaf ya tuan blog.terima kasih kepada empunya blog ni kek ni cukup sedap bagi tekak aku la.kat bawah ni aku nak share resepi kek yang sedap niiiiiiii MARBLE CHEESE CAKE
Bahan-bahannya
150gm butter
200gm cream cheese(jenama tatura)
200gm gula kastor
4 biji telur ayam - Gred A
250gm tepung gandum
1sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1sudu teh esen vanila
100ml susu cair
4sudu besar serbuk susu tepung (Ini pilihan - tak letak pun tidak mengapa)
2sudu besar serbuk koko
Cara membuatnya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 150'c. Di dalam sebuah mangkuk, masukkan gula kastor, butter dan cheese. Pukul hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.
3. Masukkan pula tepung gandum yang di ayak bersama baking powder dan esen vanilla berselang seli dengan susu cair. Putar lagi sambil memasukkan esen vanilla.
4. Selepas siap, bahagikan kepada dua bahagian iaitu satu adunan asal dan satu lagi di campur dengan serbuk koko.
5. Sediakan loyang bersaiz 8', sapu keliling loyang dengan majerin, taburkan tepung dan lapik dengan kertas miyak (putih). Sendukkan adunan berselang seli hingga habis dan hentak sedikit loyang supaya adunan sekata. Lorek sedikit dengan lidi (step ini saya terlupa :D)
6. Bakar pada suhu 150'c selama 45 atau sehingga masak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan