and ctrl + V to put on your Blog or Website dari dapur mama farhana: pizza home made

Sabtu, 15 Mac 2014

pizza home made

assalamualaikum...
hari aku nak share resepi pizza home made.resepi ni aku tak ingat dari blog sapa..sory ya tuan punya alhamdulilah pizza aku menjadi dengan jayanya.tapi  yang sedih anak aku yang bongsu tak mau makan la
pulak sbb ada sayur.tapi apa pon memang pizza ni memang sedap walaupon simple.
resepinya

pizza home made

Pizza base I : 
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
1 sudu besar /mentega 

Cara-cara :
Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak .
Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.(aku guna tudung periuk je)
Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak  di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
untuk topping
tabur la apa2 yg ada stock dlm esbox.
ni la pizza aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan